BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Jumaat, 20 Mei 2011

the mystery of a lost mother

di suatu petang yang mencuka ...

saya kehilangan ibu saya..
penat melilau mata..
namun xjugak saya jumpa.

lalu saya keluar bilik dan memanggil..
dibilik dianjung
pintu ke pintu dibuka
tapi dia tiada..

lalu saya ke pangkin di bawah pokok sana
dan kepada jiran jiran saya bertanya..
tatap juga saya hampa
kerana dia tiada..

lalu saya ke kedai pula
dan kepada pekedai saya bertanya
dimana gerangan mak berada
tapi dia tidak dijumpa..

lalu pekedai berkata
"mak kau ada kat kebun seberang jalan agaknya"
tapi xmungkin pula
kerana mak tidak ke sana..

lalu saya patah balik ke pangkin di bawah pokok
dan kepada jiran jiran saya bertanya
lalu jiran jiran berkata
"mak kau ade kat kebun belakang agaknya"
lalu saya terus jalan ke belakang sana..

lalu ke belakang rumah saya menerokai
mata besar dibuka
semoga dengan mak saya berjumpa
namun hati hiba kecewa
kerana mak x kunjung tiba..

lalu saya pergi ke terus mendekati hutan
menjauhi jiran jiran
dekat dengan pokok rambutan
dan AHAH!! itu dia mak saya dicelah celah tumbuh tumbuhan..

ke situ saya bergegas
melihat mak dikerumun dek nyamuk dan agas
saya tgk mak mula berlengas
kata mak, dia sedang menanam nanas..

lalu saya berasa gembira
mak yang hilang sudah dijumpa
namun kegembiraan itu tidak lama
sebab saya kena mencangkul akhirnya.



0 comments: